LATAR BELAKANG AKADEMI PENDIDIKAN IRSYAD

Akademi Pendididikan Irsyad Balok (APIB) ditubuhkan pada 2001 dan kini sudah berusia 22 tahun bermula dengan  pembinaan Sekolah Rendah Al-Irsyad Balok yang sudah mempunyai murid mencecah seramai 880 orang. Kemudian pada tahun 2010 Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad Balok ditubuhkan dan kini mempunyai murid seramai 180 orang . Kini kami telah diamanahkan untuk membina pusat tahfiz yang akan mengandungi pembelajaran Tahfiz serta bacaan kitab-kitab Turath.


LATAR BELAKANG PROJEK

Kejayaan-kejayaan Sekolah Irsyad sebelum ini mendorong kami mengambil inisiatif menubuhkan Tahfiz Turath Irsyad Balok (TATIB) bagi memenuhi permintaan kemasukan pelajar yang semakin meningkat . Penubuhan Tahfiz ini juga bakal membuka banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai. TATIB akan menjadi satu lagi cawangan APIB


Penubuhan Tahfiz Turath Irsyad Balok (TATIB) ini juga tercetus hasil daripada permintaan penduduk setempat di Balok setelah kejayaan kami mengelolakan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Islam al-Irsyad.


TATIB juga bakal menjadi satu-satunya pusat pengajian tahfiz dan turath berasrama pertama di Malaysia yang menawarkan pengajian tahfiz 30 juzuk Al-Quran serta pengajian kitab-kitab turath bagi kanak-kanak berumur 13-17 tahun.


Tenaga pengajar yang kami bawakan juga adalah dari kalangan yang alim dalam bidang ilmu agama, hafiz Quran dan berpengetahuan akademik aliran perdana.


Jom tengok biodata mudir Tahfiz Turath Irsyad Balok



Pembinaan  TATIB  secara wakaf ini juga telah mendapat sokongan dan kebenaran oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)


Jadi tuan puan tidak perlu risau dari segi kesahihan undang-undang.


PERANCANGAN PROJEK



Pelan arkitek untuk Tahfiz Irsyad


Alhamdulillah baru-baru ni seorang hamba Allah telah mewakafkan 2.5 ekar tanah untuk tujuan membangunkan Tahfiz Turath Al-Irsyad dan asrama di Kampung Chengal Lempong, Balok, Kuantan, Pahang.  


Sejak tahun 2024 Maahad Tahfiz Turath Al-Irsyad telah mula beroperasi. Pada waktu itu kami terpaksa menyewa sebuah rumah sebagai penempatan sementara untuk anak-anak tahfiz kami yang bersemangat untuk belajar kitab-kitab Turath.


Ketika masuknya tahun 2025 permintaan Ibu Bapa yang ingin menghantar anak mereka ke Maahad Tahfiz Turath Al-Irsyad semakin meningkat. Jadi disebabkan itu kami terpaksa membuat renovation pada rumah sewa ini bagi menampung kemasukan pelajar baharu. 





Kami menjangkakan pengambilan pelajar di cawangan baru ini akan bermula pada tahun 2025. Namun begitu, kekangan dana mungkin akan merencatkan pembinaan Tahfiz Turath Al-Irsyad ini. Untuk makluman, sekolah ini bukanlah sekolah bantuan kerajaan negeri. Oleh itu, kami bergantung kepada dana awam bagi memastikan pembinaan sekolah dapat berjalan dengan lancar.


Pembinaan Sekolah Tahfiz ini bukan sahaja akan untuk keselesaan para pelajar tetapi turut akan memanfaatkan penduduk tempatan sekitar sekolah. 



Pelan pembinaan keseluruhan


Seperti yang tuan puan dapat lihat pembinaan Akademi Pendidikan Irsyad Balok ini akan meliputi beberapa kawasan komuniti setempat. Kami berharap agar model ini akan mewujudkan biah solehah di kawasan Balok ini kelak.


Fasa yang akan dibina sekarang adalah fasa keempat yang akan menempatkan kompleks 2 tingkat Tahfiz Turath Irsyad Balok. projek ini memerlukan belanja sebanyak RM3.5 juta. 


Fasa 1, 2 dan 3 sudah siap dan sedang digunakan sekarang. Lihat gambar di bawah:


 Perkembangan terkini proses pembinaan 

Fasa ke-4 Tahfiz Turath Irsyad Balok



Pada peringkat awal kami telah memulakan proses pembinaan dengan menimbun tanah di tapak pembinaan. Sebanyak 1288 buah lori telah digunakan untuk proses menambun tanah ini. Kami mengharapkan pembinaan Tahfiz Turath Al-Irsyad dapat berjalan secepat mungkin untuk mengelakkan kenaikan kos serta memastikan murid-murid dapat belajar dalam suasana yang selesa. 


Oleh itu, kami amat berbesar hati jika tuan puan sudi bersama-sama kami dalam usaha untuk menjayakan pembinaan Tahfiz Turath Al-Irsyad ini.


Tuan puan, TATIB akan menjadi satu lagi simbol kecemerlangan institusi pendidikan Islam di bawah naungan APIB.  Lahirnya para huffaz yang akan menyebarkan ilmu-ilmu Islam nanti adalah kerana sumbangan yang tuan puan hulurkan. Semoga menjadi pahala yang sentiasa mengalir untuk membantu para dermawan semua di akhirat kelak.


"Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.” (Surah Al-Muzzammil: 20)


.


Setiap ringgi yang kita infakkan untuk menyokong pendidikan agama ini bukan sekadar membantu anak-anak tahfiz mendalami al-Quran, tetapi juga menjadi amal jariah yang pahalanya mengalir selagi ilmu itu dimanfaatkan .


.


Bayangkan setiap ayat yang dibaca , dihafal, dan diamalkan oleh mereka menjadi saksi kebaikan kita di hadapan Allah SWT kelak . Inilah peluang keemasan untuk kita melabur di ‘bank akhirat,’ di mana ganjarannya tidak akan pernah susut atau hilang.




Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
MAYBANK
No. Akaun: 5560 1112 8230        
Penama: AKADEMI PENDIDIKAN IRSYAD BALOK BERHAD
Letakkan reference  " TAHFIZ "  untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.

Sabda Nabi SAW: "Apabila mati seorang manusia, terputus daripadanya amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan baginya". (Hadis riwayat Muslim).

TERIMA KASIH 




PENAFIAN:
Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz, 
cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.10 bagi setiap transaksi yang berjaya.
Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos pengurusan.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan sumbangan sila hubungi:
Tuan Haji Wan Ismail Wan Ibrahim : 0199898311


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej Tajaan Pembinaan 5 (RM500)
Pakej Tajaan Pembinaan 4 (RM200)
Pakej Tajaan Pembinaan 3 (RM100)
Pakej Tajaan Pembinaan 2 (RM50)
Pakej Tajaan Pembinaan 1 (RM10)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Akademi Pendidikan Irsyad Balok Berhad
tahfizalirsyad.marketing@gmail.com
+60199898311